Public Speaking, Master of Ceremony
Public Speaking, Master of Ceremony
www.AlvinAdam.com

Subscribe Here!

Enter your email address. It;s free!

Delivered by FeedBurner

Iklan tahun baru kementerian guna 'ayam menyalak'

Posted by On 9:15 AM

Iklan tahun baru kementerian guna 'ayam menyalak'

Bermacam-macam cara mengucapkan tahun baru Cina yang akan disambut esok.

Bagaimanapun, iklan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) mungkin yang paling unik.

Ini apabila kementerian itu menggunakan gambar ayam, sedangkan masyarakat Cina akan menyambut Tahun Anjing.

Dalam iklan di Sin Chew Daily, akhbar cetak berbahasa Cina paling berpengaruh di Malaysia, KPDNKK mempamerkan gambar seekor ayam dengan bunyi “Wang! Wang!”

Wang adalah suara salakan anjing dalam bahasa Cina yang bunyinya hampir sama dengan perkataan kemakmuran.

KPDNKK bagaimanapun mengucapkan Tahun Anjing dalam tulisan dalam bahasa Cina yang bermaksud:
“Mengalu-alukan Tahun Anjing yang penuh kemakmuran. Kami dengan sepenuh hati mengucapkan Tahun Baru Cina kepada semua”.

Sementara itu, KPDNKK juga menghasilkan video yang juga memaparkan ayam berkokok.

Video di Youtube itu bagaimanapun berkaitan kawalan harga ayam sepanjang Tahun Baru Cina ini.


Berbeza dengan tahun lepas, beberapa pihak dilihat keberatan menggunakan gambar anjing untuk hiasan musim perayaan ini.

Ini dilapor berlaku di pusat beli belah.

Semuanya dikatakan terjadi kerana majoriti penduduk Malaysia beragama Islam yang melihat anjing sebagai binatang najis berat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalaam kenyataannya tidak memberi kata putus jelas tetapi hanya menggesa sikap kebersamaan dan menghormati sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.
Ketua Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berkata, semua pihak maklum agak penggunaan haiwan sebagai perlambangan dan perlu menghormatinya bagi mengekalkan keharmonian antara kaum.

Malaysiakini telah menghubungi Menteri KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainudin dan masih menunggu maklum balas beliau.

Sumber: Google News | Liputan 24 Salakan

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »