Public Speaking, Master of Ceremony
Public Speaking, Master of Ceremony
www.AlvinAdam.com

Subscribe Here!

Enter your email address. It;s free!

Delivered by FeedBurner

Nasib baik anjing menyalak

Posted by On 9:15 AM

Nasib baik anjing menyalak

Dziyaul Afnan Abdul Rahmannews@nstp.com.my


SALAKAN anjing peliharaannya menyelamatkan lelaki warga emas daripada dipatuk ular tedung selar sepanjang tiga meter dan seberat sembilan kilogram di Kampung Kubang Tiga, Padang Besar, hari ini.

Ketua Operasi Pusat Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Besar, Sarjan (PA) Siti Zuhana Mat Saad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada lelaki berusia 75 tahun itu pada 6 petang.

"Ketika kejadian mangsa ditemani anjing peliharaannya sedang membalut buah mangga muda di kebunnya.

"Mangsa yang tidak menyedari kehadiran ular itu di belakangnya terkejut apabila tiba-tiba anjingnya menyalak," katanya.

Menurut Siti Zuhana, salakan anjing itu menyebabkan ular itu kemudian ke pokok manggis berdekatan.

"Lelaki terbabit terus menghubungi APM memaklumkan kejadian terbabit selepas ular itu tidak beredar sebalikny a melilit pokok manggis.

"APM yang tiba berjaya menangkap ular itu setengah jam kemudian sebelum dikurung di dalam sangkar," katanya.

Katanya, APM akan menyerah ular itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Google News | Liputan 24 Salakan

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »