'Kena adil pada Namewee' | Liputan 24 Sulawesi Tengah
Public Speaking, Master of Ceremony
Public Speaking, Master of Ceremony
www.AlvinAdam.com

Subscribe Here!

Enter your email address. It;s free!

Delivered by FeedBurner

'Kena adil pada Namewee'

Posted by On 9:15 AM

'Kena adil pada Namewee'

Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin mempersoalkan siasatan polis terhadap video terbaru penyanyi rap kontroversi Namewee yang berjudul 'Like a dog' itu.

"Bila IGP sendiri kata polis dan SKMM sedang siasat Namewee, saya terasa macam ada benda pelik.

"Jenayah apa pulak si Namewee ni telah lakukan?" Soal Anggota Parlimen Sepang itu.

Hanipa menyoal jika salakan anjing Malaysia dalam video itu yang mengundang kertas siasatan dibuka kepada Namewee.

"Adakah beliau salah sebab dalam video itu, anjing Malaysia dikatakan menyalak berbunyi 'mari mari wang wang'.

Beliau berkata anak muda sepatutnya dibenarkan berkreatif.

"Janganlah ganggu dan sekat bakat mereka. Jika ada silap cukuplah nasihati mereka.

"Respect sikit lah their freedom of expression. Depa bukan lanun wang rakyat pun," kata beliau dalam suatu hantaran di Facebook..

Hanipa berkata beliau tidak melihat video itu sebagai menghina Islam.

"Anyway, saya tak nampak beliau hina Islam pun dalam video tu. Bagi saya, lebih hina guna wang dari badan yang terbabit dengan skandal lepas tu taja orang pergi haji.

"Islam suruh tegakkan keadilan hatta pada perkara yang paling susah- kepada orang yang kita tak suka," katanya lagi.

Semalam, media tempatan melaporkan pihak polis sedang menyiasat penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee berkaitan video klip bertemakan Tahun Baru Cina dengan judul 'Like A Dog'.

The Star memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun (gambar) berkata kertas siasatan telah dibuka terhadap Namewee dan pihak polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan (mengeluarkan kenyataan dengan niat mencetuskan kemarahan perasaan agama orang lain), dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas salah guna kemudahan atas talian," Fuzi dipetik sebagai berkata demikian pagi ini selepas melancarkan konvoi motosikal bagi kempen kesedaran Tabung Amanah Warisan Polis.

Video itu menampilkan Namewee bernyanyi bahawa setiap anjing dari negara yang berbeza menyalak dengan cara yang berlainan.

Lirik itu menceritakan anjing Amerika menyalak dengan bunyi 'woof woof' dan salakan anjing Indonesia berbunyi 'bow bow'.

Manakala lirik itu menyebut anjing Malaysia menyalak 'mari mari wang wang'.

Namewee ditemani penari latar bertopengkan anjing yang menari yang berbaur lucah dan menaburkan wang mengikut rentak muzik.

Dalam suatu hantaran video di YouTube, Namewee menafikan menghina Islam dan berkata video muzik itu hanya untuk tujuan berhibur serta tiada sebarang niat untuk tidak menghormati sebarang agama atau kaum.

Namee juga berkata video muzik itu dirakam di kaki lima jalan utama di Putrajaya dan bukan di dalam kawasan mana-mana masjid sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

Sumber: Google News | Liputan 24 Salakan

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »