Kehidupan baharu anjing jalanan Chernobyl dapat hidup baharu | Liputan 24 Sulawesi Tengah
Public Speaking, Master of Ceremony
Public Speaking, Master of Ceremony
www.AlvinAdam.com

Subscribe Here!

Enter your email address. It;s free!

Delivered by FeedBurner

Kehidupan baharu anjing jalanan Chernobyl dapat hidup baharu

Posted by On 8:30 PM

Kehidupan baharu anjing jalanan Chernobyl dapat hidup baharu

Bangunan satu tingkat tersebut pernah digunakan sebagai pusat perubatan sementara untuk pekerja-pekerja kilang menerima bantuan selepas bencana yang berlaku pada 1986.

Kini, ia merupakan sebuah hospital untuk anjing terbiar yang berada dalam zon larangan sepanjang 30 kilometer (km) selepas manusia dipindahkan susulan krisis tersebut.

Lucas Hixson pertama kali mengunjungi tapak bencana Ukraine itu dari Amerika Syarikat (AS) pada 2013 untuk menjalankan tugas sebagai pakar radiasi tetapi mengambil keputusan menubuhkan skim memelihara dan vaksinasi, Chernobyl selepas terkejut dengan jumlah anjing di kawasan tersebut.

Hixson yang merupakan pencinta anjing turut memelihara seekor anjing dari zon larangan itu pada 2017 dan menamakan ia sebagai Dva, perkataan Ukraine yang bermaksud dua selepas ia menjadi haiwan kedua diambil untuk dipelihara daripada Chernobyl.

Kedua-dua haiwan tersebut kini tinggal di AS.

“Perkara pertama yang anda akan lihat ketika mengunjungi kilang tersebut ialah anjing.

Anjing-anjing itu tidak dapat mengesan radiasi, ia berlari dan pergi ke mana ia mahu,” katanya kepada AFP.

Kira-kira 1,000 anjing liar tinggal di zon kritikal tersebut di mana manusia tidak dibenarkan untuk tinggal, demikian menurut angka daripada organisasi AS, Clean Futures Fund (CFF) yang mengendalikan projek anjing angkat berkenaan.

Ancaman serigala

Lebih kurang 150 ekor tinggal di kawasan loji kuasa, 300 lagi di bandar Chernobyl manakala selebihnya di kawasan pemeriksaan, balai bomba dan kampung-kampung yang sudah tidak berpenghuni.

Haiwan-haiwan berkenaan telah melalui musim sejuk melampau, salji dan hujan tidak termasuk penyakit serta kesan radiasi.

Bukan itu sahaja, selepas hidupan liar kembali ke kebanyakan lokasi ditinggalkan manusia, anjing-anjing tersebut kini berdepan ancaman serius daripada serigala.

Buat masa ini terdapat 15 ekor anak anjing di hospital berkenaan dan selepas menjalani pemeriksaan perubatan, haiwan tersebut bakal menyertai anak-anak anjing di Slavutych, sebuah bandar yang terletak kira-kira 50km dari Chernobyl.

Anak-anak anjing itu akan tinggal di Slavutych selama enam minggu sebelum dibawa ke rumah baharu di AS.

CFF mempunyai rakan kongsi di AS yang akan membantu mencari rumah dan menyediakan semua keperluan untuk memindahkan anjing-anjing itu kepada keluarga baharu. Sukarelawan yang beribu pejabat di AS akan meluangkan masa bersama anjing tersebut sejurus ia tiba dari Ukraine dan membantu menyesuaikan diri dengan pemilik baharu.

Program Dogs of Chernobyl yang bermula tahun lalu menawarkan anjing di bawah umur setahun untuk dipelihara di AS manakala anjing dewasa akan diberikan vaksin dan dimandulkan sebelum dihantar kembali ke kawasan ia ditangkap.

Mereka yang mahu memelihara anjing-anjing itu perlu mengisi boring permohonan online sebelum ditemu bual dan menjalani pemeriksaan rumah oleh badan dan wakil pertubuhan itu di AS.

“Respons yang diterima adalah baik dengan 300 tawaran diterima untuk 200 anak anjing awal dalam tempoh yang singkat,” kata Hixson.

Menurutnya, tujuan program tersebut adalah mencari keluarga untuk 200 anak anjing dalam tempoh dua tahun akan datang dan memelihara sebanyak mungkin haiwan tersebut.

Rawatan

“Haiwan ini hampir menyerupai warga Amerika,” kata seorang jurulatih anjing di pusat perlindungan Slavutych, Nataliya Melnychuk.

Anak anjing berwarna hitam putih yang dimaksudkan tersebut sedang menunggu dokumentasi khas dan bakal dipindahkan ke Chicago.

Di pusat perlindungan, anak-anak anjing menjalani jadual yang padat merangkumi latihan berjalan dan makan selain urutan dan salun kecantikan.

“Haiwan tersebut mungkin anjing paling banyak menerima rawatan di Ukraine,” kata Hixson.

Sukarelawan mengaku sebahagian anjing tua terlalu liar untuk dipelihara, jadi mereka hanya memberikan rawatan perubatan dan dilepaskan kembali ke hutan. Tiada anak anjing ditangkap di zon tersebut mempunyai sinar radioaktif tetapi tidak bagi sebahagian anjing dewasa.

“Kami menyaring setiap anjing sebelum ia dibawa ke hospital,” jelas Hixson.

Jika menemui pencemaran, haiwan itu akan dibersihkan dengan serbuk khas dan jika perlu bulunya akan dicukur.

“Apabila anjing itu dibawa keluar, ia anjing yang bersih seperti haiwan lain,” tambahnya.

Wakil CFF di Ukraine, Nadiya Apolonova berkata, jangka hayat anjing di zon bencana hanya lima tahun.

Selain keadaan cuaca dan penyakit, serigala menjadi penyumbang kepada 30 peratus kematian anjing sepanjang beberapa tahun lalu.

Sukarelawan percaya bahawa program tersebut dapat membantu memberi pendedahan kepada masyarakat tentang realiti di Chernobyl. â€" AFP

Sumber: Google News | Liputan 24 Salakan

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »